STORY VALENTINE DAY |
|
- Apa
itu "Valentine's Day"?
Iaitu hari di mana dua orang yang berkasih sayang atau sepasang kekasih yang
bercinta meraikan percintaan dan
kasih sayang. Budaya ini disambut setiap tahun pada 14 Februari.Warna tema
Valentine Day ialah merah, merah jambu dan putih.Merah jambu melambangkan
kehalusan.Merah ialah simbol kepada kehangatan, perasaan dan hati .Manakala
putih melambangkan ketulenan dan kepercayaan iatu dua hati saling mempercayai.
- Bagaimanakah asal-usul terbitnya "Valentine's
Day"?
Terdapat pelbagai versi tentang sejarah Valentine Day.Di sini
diperturunkan 2 pendapat.Satu pendapat mengatakan perkataan Valentine diambil
sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella
di Sepanyol ,iatu Saint Valentine.Beliau disayangi kerana telah berjaya
menumpaskan kerajaan Islam di Cardova, Sepanyol pada 14 Februari 270 Masihi.Kejayaan
itu begitu bermakna kepada Ratu Isabella
dan dengan itu 14 Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cardova bagi
merayakan kemenangan tersebut dengan menamakan nya Hari Valentine.
Pendapat kedua,dikaitkan
dengan kematian paderi St Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama
Claudius 11 ( 268-270) .Dikatakan St Valentine enggan mematuhi arahan dan dijatuhi hukuman.Dan didalam penjara St Valentine
telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan sebelum
dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat
cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘ From your Valentine'(daripada
Valentinemu).
- Apakah pandangan Islam
tentang sambutan Hari Valentine?
Panel Kajian Aqidah (PKA) dan
Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah
memutuskan bahawa "Amalan menyambut Hari Valentine's Day adalah haram dan
bertentangan dengan ajaran Islam". Manakala Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan
Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24
November 2005 memutuskan: "Bahawa amalan merayakan Valentine's Day tidak pernah
dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan
amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah
bercanggah dan dilarang oleh Islam.".
( Dari petikan artikel laman web
www.Islam.gov.my)
Fatwa yang sama telah dikeluarkan Jawatankuasa
Perunding Hakim Syarak (FATWA) Selangor yang telah bersidang pada 21 Februari
2006.
- Apakah
yang yang dimaksudkan konsep kasih sayang yang dituntut dalam Islam?
Kasih sayang adalah satu
anugerah dan ia sangat dituntut dalam Islam malah merupakan satu keperluan pada
setiap manusia. Manusia selalu menyayangi sesama manusia melebihi kasih sayang
pada Allah. Dengan itu mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk orang yang
disayangi hingga terjadi kes bunuh diri yang diharamkan dalam Islam. Konsep
sebenar kasih sayang dalam Islam untuk pasangan kekasih adalah menyayangi
manusia berdasarkan panduan Tuhan bukan nafsu semata-mata. Setiap hubungan manusia sesama
manusia hendaklah berdasarkan etika syarak dan janganlah sampai terpesong dengan ajaran
agama.
- Bagaimanakah
ciri pasangan yang sudah bersedia untuk bercinta?
i)Niatnya berkahwin demi menjaga akhlak dan agama sentiasa
terpelihara
ii)Sudah mempunyai kekuatan dan ketahanan diri untuk tidak terlibat
dengan perkara-perkara yang diharamkan oleh agama seperti berdua-duaan di tempat
sunyi, berpegangan tangan dan melakukan tindakan-tindakan yang menjerumus ke arah
zina.
iii)Istiqamah menjaga solat lima
waktu, berpuasa di bulan Ramadhan dan berusaha menjadi muslim yang sebenar.
iv)Sentiasa menjaga batasan aurat.
- Kenapa
cinta sebelum perkhwinan mudah terjadi kepada kehancuran dan kemusnahan?
Ini berlaku kerana cinta seseorang kepada kekasihnya melebihi
cintanya kepada Allah. Dengan itu mereka mudah melanggar hukum Allah S.W.T kerana khayal di alam percintaan. Mereka
lemas di lautan kasih tanpa berpandukan batasan syarak.
- Bagaimanakah
peraturan - peraturan dalam hubungan cinta kepada manusia?
Peraturan-peraturan dalam hubungan cinta kepada manusia kita itu didasarkan
kepada cinta Allah dan hendaklah kita pastikan semasa menjalin hubugan cinta
tiada hukum Allah yang dilanggar.
- Bagaimanakah
untuk mengekalkan cinta sesama manusia?
Letakkan asas cinta kepada cinta Allah. Maksudnya cinta itu mesti kerana Allah. Cinta itu
mestilah didorong atas keinginan untuk sama-sama melaksanakan tujuan hidup yang
Allah tentukan."
Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk
beribadah kepada -ku"( Az- Zariyat 51: 56) .
- Benarkah
cinta sebelum berkahwin lebih indah?
Cinta sebelum perkahwinan tidak mempunyai keistimewaan berbanding
cinta selepas perkahwinan kerana ia menghampirkan perbuatan zina dan sama waktu
dengannya seperti pergaulan bebas,
berkhalwat, memandang dengan pandangan nafsu. Cinta sebelum perkahwinan lebih
menghampiri kepada zina apabila ia dinodai dengan nafsu.
-
Kenapakah
Islam menegah menyambut sambutan Valentine's Day?
Islam melarang perayaan ini kerana boleh menjerumuskan pasangan kepada
arah maksiat. Sudah sering kita mendengar kes- kes yang berlaku selepas
Valentine's Day seperti budaya pergaulan bebas, zina, rogol, AIDS, hamil tanpa
nikah, dan sebagainya.Apa yang paling menyedihkan, ini berlaku kepada
masyarakat Melayu khususnya kepada
mereka yang beragama Islam.
- Bagaimanakah
untuk membina cinta sesama manusia berdasarkan Islam?
Sebagai seorang Islam cinta kita mestilah berdasarkan atas dasar
iman, dilaksanakan mengikut kaedah syariat dan membentuk ikatan
pernikahan yang sah di antara yang bercinta. Daripada Anas r.a,
Rasullah s.a.w bersabda:
"
Tiga perkara yang barang siapa mendapatnya terasalah dia akan
kemanisan iman :
•
Allah dan
Rasul lebih dicintainya mengatasi yang lain
•Mencintai sesorang itu tidak kerana lain,
melainkan kerana Allah
•Benci untuk kembali kepada
kekufuran sebagaimana dirinya benci untuk dicampakkan ke api neraka"